PIALA ZARINA KATERING

PIALA ZARINA KATERING AKAN BERMULA MINGGU KEDUA BULAN JANUARI.SEBANYAK 4 PASUKAN MENJADI JEMPUTAN.PASUKAN YANG TERLIBAT ADALAH KILAT ALOR SETAR,SEBERANG TERUS FC,RSC FC DAN PEJABAT SUK.SEMUGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PASUKAN.
SEMUA PERLAWANAN AKAN DIADAKAN DI PADANG TNB SETIAP SELASA DAN RABU JAM 5.30 PETANG

Wednesday, December 23, 2009

TIRAI MUSIM 2009 AKAN BERLABUH

Kehangatan Musim Bolasepak Tahun 2009 di Negeri Kedah bermula pada perlawanan Piala Sumbangsih 2009 antara Kedah mln Selagaor yang mana keputusannya Selangor telah membawa pulang piala tersebut ke Lembah Kelah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman....Pemulaan pasukan Kedah dalam kempen Liga Malaysia 20009 agak hambar dan diakhir saingan Liga Super, Kedah gagal mempertahan Piala Liga Super yang disandang selama 2 tahun berturut...Kedah juga gagal mempertahankan Piala F.A. dan Piala Malaysia dalam kempen saingan Liga Malaysia 2009...Begitu juga dengan penampilan Kedah dalam pertandingan Piala AFC...Pasukan Piala Presiden Kedah juga gagal terbang tinggi pada tahun ini....

Dalam kerancakan saingan Liga Malaysia, saingan Liga Tempatan tidak kurang hebatnya terutama di Daerah Kota Setar...Bermula dengan Kejohanan MSSD Kota Setar , Karnival Sukan Teknik Peringkat Zon Utara , Liga Komuniti DUN , Futsal , Karnival Sukan MASUM yang mana UUM menjadi tuan rumah menjadikan kemeriahan sukan nombor 1 di dunia ini begitu terasa...

Berlabuhnya tirai Liga Malaysia Musim 2009 peminat - peminat setia pasukan Hijau Kuning di kejutkan dengan keputusan 'COACH' Kedah Azrai Khoor meletak jawatan...Tempatnya kini telah diganti oleh Encik Ahmad Yusof bekas Jurulatih Pahang dan juga Kapten Pasukan Malaysia sewaktu dikalung Pingat Emas pada Temasya Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur...

Liga Malaysia Musim 2010 kita juga tidak akan melihat penglibatan pasukan automotif yang berpengkalan di Gurun iaitu Kuala Muda Naza yang akan mungudur diri daripada saingan Liga...
Bagi pihak Pengadil Kebangsaan Negeri Kedah , saya merakam jutaan terima kasih kepada Pegawai dan Pemain Pasukan Kuala Muda Naza yang jarang sekali menimbulkan masaalah kepada Pegawai Perlawanan....Terutama General Koordinator (GK) Abang Jamil Che Mat dan Anba (AN) , Pengurus Pasukan Piala Presiden Tuan Haji Ramlan , Coach Piala Presiden Hasbull...Pen.Pengurus Zie dan Coach Liga Super En.Nidzam Adha..En.Nidzam Adha untuk musim 2010 telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan SINGA UTARA (Perlis)...saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dengan pasukan baru...

Dalam pada itu saingan liga tempatan masih lagi berlangsung....Kerancakan Liga Yang Dipertua MPSP di Sungai Petani tidak kurang menariknya..Penglibatan pengadil dari daerah Kota Setar terutama semasa Perlawanan Pratikal untuk Pengadil Kebangsaan yang baru lulus telah diadakan...Ucapan terima kasih kepada Urusetia pertandingan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kami...Tahniah...Semoga Pertandingan tersebut menjadi acara tahunan kerana berjaya menghimpun banyak pasukan dari luar juga serti UniMAP dan Majlis Perbandaran Kangar dari Perlis dan pasukan dari Pulau Pinang malah terdapat juga pasukan dari Taiping Perak...

Liga Kebangsaan dan tempatan terhenti sekita selama sebulan sempena bulan Ramadhan Al Mubarak...Namun peminat disekitar Alor dapat menonton sekali di Std Darulaman perlawanan persahabatan antara Kedah menentang Modenas selepas solat terawih...Ini adalah perlawanan pemanas badan untuk pasukan Kedah...

Kemuncak demam bola di Kedah bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri..Piala Bardhan di Kulim yang mana pasukan Kedah hanya bermain di peringakat kumpulan zon utara...Seterusnya Liga Futsal Felda / FAm sirkit 1 yang berlangsung di Langkawi dan Puncak Piala Emas Raja - Raja Zon Utara di Pulau Pinang , Liga Majlis Daerah Kubang Pasu di Mini Stadium Jitra dan saingan Liga Kedah 2009 sendiri pada peringkat kumpulan tidak kurang hebatnya...

Kini Liga Majlis Daerah Kubang Pasu masih lagi di peringkat kumpulan dan dijangka habis pada bulan Febuari 2010 , saingan Liga Kedah telah telah memasuki peringkat separuh akhir dan pasukan Piala Emas Kedah akan berentap di perlawanan akhir pada 28 Disember 2009 di Stadium Darulaman menetang pasukan jiran Perlis....Semoga berlabuhnya tirai 2009 Puncak Piala Emas Raja - Raja akan berada di bumi Hijau Kuning setelah kali terakhir kita membawa pulang pada tahun 2005...

Bagi seluruh warga pengadil terutama kami pengadil di Daerah Kota Setar berdoa agar dengan dengan lembaran baru yang akan hadir akan bersinar kembali Pasukan Kedah di saingan peringkat Kebangsaan...

Dan kepada pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada pengadil - pengadil daerah Kota Setar untuk menjalankan tugas Pegawai Perlawanan...

Kepada seluruh warga pengadil yang melayari laman blog ini di ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih..semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik seadanya...

" SELAMAT TAHUN BARU 2010 "

asrul zairi abdul hamid
pengadil kebangsaan negeri kedah

No comments:

Post a Comment

FAIR PLAY 'PLEASE'

FAIR PLAY 'PLEASE'

PENGERUSI PERSATUAN PENGADIL BOLASEPAK DAERAH KOTA SETAR

PENGERUSI PERSATUAN PENGADIL BOLASEPAK DAERAH KOTA SETAR