PIALA ZARINA KATERING

PIALA ZARINA KATERING AKAN BERMULA MINGGU KEDUA BULAN JANUARI.SEBANYAK 4 PASUKAN MENJADI JEMPUTAN.PASUKAN YANG TERLIBAT ADALAH KILAT ALOR SETAR,SEBERANG TERUS FC,RSC FC DAN PEJABAT SUK.SEMUGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PASUKAN.
SEMUA PERLAWANAN AKAN DIADAKAN DI PADANG TNB SETIAP SELASA DAN RABU JAM 5.30 PETANG

Monday, December 28, 2009

Seminar Dan Ujian Kecergasan Pengadil Musim 2010

Seminar Dan Ujian Kecergasan Pengadil Kebangsaan untuk Musim 2010 telah diadakan pada 25 - 27 Disember 2009 bertempat di UniKL Kampus Cawangan Lumut Perak...Manakala Ujian kecergasan untuk pengadil telah diadakan pada 26 hb di Std.TLDM Lumut dan Mini Stadium Manjung Perak...
8 orang Pengadil Kebangsaan Negeri Kedah telah hadir...7 orang telah lulus dan seorang pengadil kebangsaan negeri Kedah telah gagal dalam ujian kecergasan tersebut...








Seminar Dan Ujian Kecergasan Pengadil Musim 2010

Ahmad Faizal bin Mamat



Tiga (3) MIE ...Haslimi (mie 10) , Shahimi (mie 9) , Azmi (mie 11)..
Saling melengkapi....







Haslimi talipon orang Unimap kot ?



Seminar Dan Ujian Kecergasan Pengadil Musim 2010

Gambar Sekitar Ujian Kecergasan di Lumut Perak..,


Dari Kiri : Asrul , Haslimi , Fazli
Duduk Bawah : Faizal...





Cikgu Naim dari Kangar....Bergaya tumpang kereta Abg Wan Ismail







Dari Kiri : Sukri Abd Rahman , Haslimi dan Surip Suratiman




Wednesday, December 23, 2009

TIRAI MUSIM 2009 AKAN BERLABUH

Kehangatan Musim Bolasepak Tahun 2009 di Negeri Kedah bermula pada perlawanan Piala Sumbangsih 2009 antara Kedah mln Selagaor yang mana keputusannya Selangor telah membawa pulang piala tersebut ke Lembah Kelah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman....Pemulaan pasukan Kedah dalam kempen Liga Malaysia 20009 agak hambar dan diakhir saingan Liga Super, Kedah gagal mempertahan Piala Liga Super yang disandang selama 2 tahun berturut...Kedah juga gagal mempertahankan Piala F.A. dan Piala Malaysia dalam kempen saingan Liga Malaysia 2009...Begitu juga dengan penampilan Kedah dalam pertandingan Piala AFC...Pasukan Piala Presiden Kedah juga gagal terbang tinggi pada tahun ini....

Dalam kerancakan saingan Liga Malaysia, saingan Liga Tempatan tidak kurang hebatnya terutama di Daerah Kota Setar...Bermula dengan Kejohanan MSSD Kota Setar , Karnival Sukan Teknik Peringkat Zon Utara , Liga Komuniti DUN , Futsal , Karnival Sukan MASUM yang mana UUM menjadi tuan rumah menjadikan kemeriahan sukan nombor 1 di dunia ini begitu terasa...

Berlabuhnya tirai Liga Malaysia Musim 2009 peminat - peminat setia pasukan Hijau Kuning di kejutkan dengan keputusan 'COACH' Kedah Azrai Khoor meletak jawatan...Tempatnya kini telah diganti oleh Encik Ahmad Yusof bekas Jurulatih Pahang dan juga Kapten Pasukan Malaysia sewaktu dikalung Pingat Emas pada Temasya Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur...

Liga Malaysia Musim 2010 kita juga tidak akan melihat penglibatan pasukan automotif yang berpengkalan di Gurun iaitu Kuala Muda Naza yang akan mungudur diri daripada saingan Liga...
Bagi pihak Pengadil Kebangsaan Negeri Kedah , saya merakam jutaan terima kasih kepada Pegawai dan Pemain Pasukan Kuala Muda Naza yang jarang sekali menimbulkan masaalah kepada Pegawai Perlawanan....Terutama General Koordinator (GK) Abang Jamil Che Mat dan Anba (AN) , Pengurus Pasukan Piala Presiden Tuan Haji Ramlan , Coach Piala Presiden Hasbull...Pen.Pengurus Zie dan Coach Liga Super En.Nidzam Adha..En.Nidzam Adha untuk musim 2010 telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan SINGA UTARA (Perlis)...saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dengan pasukan baru...

Dalam pada itu saingan liga tempatan masih lagi berlangsung....Kerancakan Liga Yang Dipertua MPSP di Sungai Petani tidak kurang menariknya..Penglibatan pengadil dari daerah Kota Setar terutama semasa Perlawanan Pratikal untuk Pengadil Kebangsaan yang baru lulus telah diadakan...Ucapan terima kasih kepada Urusetia pertandingan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kami...Tahniah...Semoga Pertandingan tersebut menjadi acara tahunan kerana berjaya menghimpun banyak pasukan dari luar juga serti UniMAP dan Majlis Perbandaran Kangar dari Perlis dan pasukan dari Pulau Pinang malah terdapat juga pasukan dari Taiping Perak...

Liga Kebangsaan dan tempatan terhenti sekita selama sebulan sempena bulan Ramadhan Al Mubarak...Namun peminat disekitar Alor dapat menonton sekali di Std Darulaman perlawanan persahabatan antara Kedah menentang Modenas selepas solat terawih...Ini adalah perlawanan pemanas badan untuk pasukan Kedah...

Kemuncak demam bola di Kedah bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri..Piala Bardhan di Kulim yang mana pasukan Kedah hanya bermain di peringakat kumpulan zon utara...Seterusnya Liga Futsal Felda / FAm sirkit 1 yang berlangsung di Langkawi dan Puncak Piala Emas Raja - Raja Zon Utara di Pulau Pinang , Liga Majlis Daerah Kubang Pasu di Mini Stadium Jitra dan saingan Liga Kedah 2009 sendiri pada peringkat kumpulan tidak kurang hebatnya...

Kini Liga Majlis Daerah Kubang Pasu masih lagi di peringkat kumpulan dan dijangka habis pada bulan Febuari 2010 , saingan Liga Kedah telah telah memasuki peringkat separuh akhir dan pasukan Piala Emas Kedah akan berentap di perlawanan akhir pada 28 Disember 2009 di Stadium Darulaman menetang pasukan jiran Perlis....Semoga berlabuhnya tirai 2009 Puncak Piala Emas Raja - Raja akan berada di bumi Hijau Kuning setelah kali terakhir kita membawa pulang pada tahun 2005...

Bagi seluruh warga pengadil terutama kami pengadil di Daerah Kota Setar berdoa agar dengan dengan lembaran baru yang akan hadir akan bersinar kembali Pasukan Kedah di saingan peringkat Kebangsaan...

Dan kepada pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada pengadil - pengadil daerah Kota Setar untuk menjalankan tugas Pegawai Perlawanan...

Kepada seluruh warga pengadil yang melayari laman blog ini di ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih..semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik seadanya...

" SELAMAT TAHUN BARU 2010 "

asrul zairi abdul hamid
pengadil kebangsaan negeri kedah

Ujian Bertulis Pengadil Kebangsaan 2009

Ujian bertulis untuk Pengadil Kebangsaan tahun 2009 telah diadakan pada 19 Disember 2009 bertempat di SRK Sri Rampai Kuala Lumpur..
Seramai 3 calon dari Negeri Kedah telah menghadiri Ujian Bertulis tersebut...
Seorang calon dari Daerah Kota Setar iaitu Mohd Mierza Fami Bin Japri telah mengduduki Ujian Bertulis itu...
Semoga adik Mierza Fahmi lulus dalam Ujian tersebut...

SEMINAR DAN UJIAN KECERGASAN PENGADIL KEBANGSAAN MUSIM 2010

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Kebagsaan untuk Musim 2010 akan di adakan pada 25 - 27 Disember 2009 bertempat di UniKL Kampus Cawangan Lumut Perak..Seramai 8 orang Pengadil Kebangsaan dari Negeri Kedah akan menghadirinya..
Pengadil yang terlibat adalah :
1 : Asrul Zairi Bin Abdul Hamid - Kota Setar
2 : Mohd Fazli Bin Ishak - Kota Setar
3 : Haslimi Bin Saidin - Kota Setar
4 : Ahmad Faizal Bin Mamat - Kota Setar
5 : Mohd Rodzi Bin Ismail - Kota Setar
6 : Khairool Anuar Bin Haji Hashim - Kubang Pasu
7 : Hayazi Bin Omar - Kubang Pasu
8 : T. Muniswaran - Kuala Muda
Diharapkan semua Pengadil Kebangsaan Negeri Kedah akan lulus dalam Ujian Kecergasan tersebut..

LIGA KEDAH 2009

Liga Kedah 2009 telah masuk peringkat separuh akhir...4 pasukan telah mengesahkan tempat ke separuh akhir ialah Universiti Utara Malaysia(UUM) , Daerah Baling , Hicom Honda dan Pejabat S.U.K...
Perlawanan separuh akhir yang pertama adalah diantara Baling menentang Hicom Honda yang berlangsung di Padang Sek.Men.Keb.Kuala Pegang , Baling pada 18 hb Disember 2009.
Manakala perlawanan separuh akhir diantara UUM menentang Pejabat S.U.K. akan berlangsung di Mini Stadium UUM pada 24 Disember 2009..
Kepada peminat bolasepak dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan anda..

Sunday, December 20, 2009

PUNCAK PIALA EMAS RAJA - RAJA 2009 AKHIR

Keputusan pasukan yang layak ke perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja - Raja 2009 telah diketahui.Pasukan Kedah akan berentap dengan Pasukan Perlis dalam perlawanan akhir pada tarikh 28 hb Disember 2009 yang dijangka berlangsung di Std Darulaman..
Pada peringkat separuh akhir pusingan kedua di Std Utama Kangar jam 4.30petang pada 19 hb Disember 2009 , Perlis telah mengalahkan Johor dengan jaringan 3 gol tanpa balas.Dan pada perlawanan pusingan pertama kedua - dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Johor Baharu..
Sementara pada malamnya Kedah yang menghadapi Singapura di Std.Darulaman telah dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Singapura dengan jaringan 2 gol berbalas 1.Dan menjadi kendudukan agg 3 - 2..
Kepada penyokong - penyokong Kedah dan Perlis datang beramai - ramai pada perlawanan akhir Puncak Piala Emas Raja - Raja 2009....

FAIR PLAY 'PLEASE'

FAIR PLAY 'PLEASE'

PENGERUSI PERSATUAN PENGADIL BOLASEPAK DAERAH KOTA SETAR

PENGERUSI PERSATUAN PENGADIL BOLASEPAK DAERAH KOTA SETAR